suria

Berhabis hampir setengah juta, Afdlin Shauki dah puas kumpul koleksi figura… Mahu jual kerana sudah tiada minat

MENGHABISKAN hampir RM500,000 selama 30 tahun mengumpul permainan figura aksi, pengarah Datuk Afdlin Shauki membuat keputusan untuk menjual koleksi-koleksi berkenaan.

Kata Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, dia mahu menjual koleksi permainannya itu kerana sudah berubah minat.

“Koleksi permainan yang saya ada ni sudah beri keseronokan pada saya semasa saya beli dan masa saya main.

“Tapi sekarang ini tiba masanya pada saya untuk orang lain rasa gembira pula untuk pegang permainan ini.

“Fasal koleksi permainan saya ini kebanyakannya sudah tiada di pasaran lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi