suria

Daiyan Trisha teringin buat benda nakal semasa remaja, tapi terhalang sebab belajar di ‘sekolah pandai’

PELAKON Daiyan Trisha menganggap impiannya menjadi kenyataan apabila diberi peluang memegang watak Mia dalam drama bersiri Projek High Council.

Kata Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, semasa berumur 16 tahun dia teringin untuk membuat perkara-perkara ‘nakal’ di sekolah.

“Masa saya umur 16 tahun masa sekolah dulu saya nak sangat warnakan rambut, tindik dan nak jadi seseorang yang memberontaklah.

“Tapi dulu saya sekolah pandai dekat Bangi jadi tak boleh sebab kalau buat memang kena marah.

“Jadi bila dapat watak Mia ni ia bagaikan impian jadi kenyataan,” katanya kepada mStar.

Selain Daiyan antara pelakon yang turut serta dalam drama tersebut adalah Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Sazzy Falak, Azhar Sulaiman, Edika Yusof dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi