suria

Tak sanggup tengok isteri sakit mengandung, Aliff Syukri batal hasrat miliki 10 anak… “Saya cuba pujuk lagi”

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia pernah memasang impian untuk memiliki 10 orang anak.

Namun, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia tidak sanggup melihat keperitan yang dilalui isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang terpaksa menanggung kesulitan sepanjang tempoh kehamilan.

Justeru itu, dia memberi bayang kemungkinan anak keenam yang bakal dilahirkan itu merupakan cahaya mata terakhir.

“Saya tak sanggup lihat isteri saya sakit... rancang nak ada 10 orang anak tapi mungkin ini adalah anak terakhir.

“Sebab kalau dia mengalami masalah uri ke bawah... nak berjalan 10 langkah pun tak boleh.

“Jadi isteri saya dalam keadaan lemah dah nak dekat dua bulan kat mana-mana kena pakai kerusi roda,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aliff mengakui sudah fobia untuk mengambil anak angkat kerana berdepan dengan isu sebelum ini.

“Saya dah fobia ambil anak angkat sebab kebanyakkan bila anak angkat dah popular keluarga mereka nak ambil balik.

“Selepas itu ada yang ugut-ugut nak duitlah jadi saya fikir lebih baik saya suruh isteri saya sahaja yang beranak,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi