suria

Da’i Syed kuat berleter, mujur Hana Ismail penyabar orangnya… “Suami selalu kongsi ilmu agama”

PENDAKWAH dan penyanyi Da’i Syed mengakui isterinya iaitu Hana Ismail seorang wanita yang penyabar dan menyenangkan hatinya.

Kata Syed, banyak perkara baharu yang dipelajari sebagai selepas bergelar suami kepada pengacara televisyen itu.

“Banyak benda saya belajar. Dia banyak bersabar dengan saya. Kadang-kadang kita mood tak kena, kalau jammed, saya berleter. Dia menenangkan saya, jadi saya banyak belajar sabar dengan dia,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Da’i Syed turut memberikan komen mengenai perancangan mereka untuk memiliki cahaya mata.

Hana sah bergelar isteri kepada Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, pada 3 Disember tahun lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi