suria

“Mana bukti? Kerja ini bagi anak makan”… Menantu Zainal Abidin bengang suami tuduh curang kerana kerjaya pramugari

GARA-GARA bekerja sebagai seorang pramugari, menantu bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia dituduh curang oleh suaminya, Mohd Zaiza Zainal Abidin.

Menjawab mengenai dakwaan itu, Sofia atau nama sebenarnya Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, berkata selama enam tahun dia bekerja sebagai pramugari, pendapatan itulah digunakan untuk membesarkan dua orang anaknya.

“Kalau disebabkan pekerjaan saya ni dia anggap saya curang... pekerjaan inilah yang bela anak kami selama enam tahun.

“Saya bagi anak saya makan, minum, pakai, pelajaran dan kesihatan semua saya beri pada anak-anak.

“Kerja pramugari ini dia cakap saya curang, mana buktinya? Tunjuklah pada saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sofia turut berkongsi perkembangan prosiding pertama kes penceraiannya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Klang pada Isnin.

Dalam prosiding berkenaan, mahkamah menetapkan tarikh 23 Februari depan untuk perbicaraan selanjutnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi