suria

“Badan macam dibakar atas bara panas”… DJ Lin derita sakit misteri, sukar tidur malam mimpi pelik-pelik

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin mendedahkan dia menderita penyakit misteri yang menyebabkan kesihatannya merosot sejak tahun 2016.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 48, pada awalnya dia mengalami masalah suara selama sebulan dan apabila bertemu doktor memaklumkan kesihatannya baik-baik sahaja.

“Sejujurnya saya mula mendapat sakit yang luar biasa ini sejak kali pertama memenangi Anugerah Penyampai Radio Paling Popular pada tahun 2016.

“Saya rasa tak sampai sebulan saya hilang suara... pergi jumpa doktor semua okay.

“Sampaikan arwah mak puas bawa saya jumpa ramai ustaz tapi Alhamdulillah salah satunya mujarab buat saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi