suria

Nabila Razali luah perasaan kecewa, kesal netizen lebih berminat ambil tahu hal peribadi artis

PENYANYI Nabila Razali mengakui kecewa dengan sikap segelintir netizen yang lebih mementingkan kehidupan peribadi selebriti berbanding karya yang dihasilkan.

Kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, usaha untuk mempromosikan lagu menjadi satu pembaziran jika orang ramai hanya melihat daripada sudut negatif terutamanya kontroversi membabitkan selebriti berkenaan.

“Dari dulu sampai sekarang, saya sendiri tahu kelebihan dan kekurangan saya. Tetapi untuk apabila dibandingkan dengan masa lalu dan sekarang, saya rasa ada banyak penambahbaikan.

“Akan tetapi, itu bukanlah perkara yang orang nak tengok.

“Seperti yang saya beritahu tadi, orang lebih fikir tentang kehidupan peribadi, perkara negatif. Orang ramai tak peduli pun tentang lagu baru,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, dia juga berkata yang gimik ataupun teaser yang dikeluarkan olehnya bukanlah untuk mengundang kecaman orang.

Sebaliknya ia merupakan salah satu strategi untuk meraikan produk yang dihasilkan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi