suria

Isa Isarb sedar salah campur peserta, batal program bimbang rumah kena serbu... Rancang sambung dalam dewan pula

PERSONALITI media sosial, Isa Isarb mengakui kesalahan tidak menjaga batas peserta lelaki dan perempuan dalam program yang dianjurkan olehnya iaitu Hero Teladan.

Gara-gara terlalu banyak kecaman diterima, dia terpaksa menamatkan sesi penggambaran program tersebut dan menanggung kerugian sehingga RM500,000.

“Peguam saya cakap program ini ada kemungkinan untuk diserbu. Risiko kalau kena serbu, jadi saya hentikan program ini atau lebih besar kerugian yang saya kena tanggung.

“Saya setuju memang tidak boleh lelaki dan perempuan (dalam satu rumah), saya akan cuba untuk betulkan salah yang saya buat.

“Secara puratanya kerugian yang saya tanggung ada sehingga RM500,000. Peralatan sebanyak RM250,000 dan kru serta kos lain RM250,000,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Isa menjelaskan tujuannya untuk menerbitkan program Hero Teladan itu adalah sebagai testimoni untuk menjual program ini di stesen televisyen.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi