suria

“Mustahil kalau kita tak minta persetujuan” - Kid jawab isu royalti album, malu Search berbalah di media sosial

PEMAIN gitar Search Kid bersetuju dengan cadangan Nasir Daud untuk menyelesaikan kemelut berkenaan royalti album Rockology Search: Kid’Din Collection menggunakan saluran yang betul.

Kata Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib, 56, dia dan abangnya iaitu Din juga sudah bersedia untuk menyelesaikan perkara tersebut melalui saluran undang-undang.

“Kalau betul itu niat mereka, saya alukan. Tiada cara lain, itu sahaja cara penyelesaian. Kita ada undang-undang dan juga saluran yang betul.

“Dalam soal isu siapa yang betul atau siapa yang salah ini, kalau saya di pihak yang salah pun, baguslah. Jadi (persoalan) ini terungkap,” katanya kepada mStar.

Tambah Kid, dia juga menafikan dakwaan bahawa dia dan abangnya membelakangkan ahli kumpulan itu untuk menjual album Rockology Search: Kid’Din Collection.

“Soal membelakangkan, biar Din yang jawab sebab dia tahu keadaan sebenar. Rasanya mustahil (kami) tidak minta persetujuan.” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kid memberitahu mereka kini sedang giat menjalankan latihan sebagai persediaan untuk Konsert Search Gemuruh di Zepp, Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi