suria

Terperanjat adik Tantari ramai kenal, dah maafkan netizen komen negatif... “Jangan kutuk saya lagi eh”

PENYANYI cilik Tantari juga nampaknya tidak terlepas menjadi mangsa kritikan netizen di media sosial apabila mereka mengutuk fizikal dan penampilannya.

Mengulas mengenai perkara itu, bapa kepada Tantari iaitu Elly Azahel Kasturi, 40, mengakui sedikit kesal apabila membaca komen negatif tersebut.

“Ada yang komen mengenai dia tak berambut tapi sebenarnya dia botak bukan sebab saya tapi dia ikut idolanya iaitu Datuk Azizulasni Awang sebab semangat dia kuat.

“Kita tak boleh nak ambil serius sangat dengan apa yang orang cakap tu sebab itu hak mereka tapi yang pasti saya dan anak tidak akan menoleh kebelakang.

“Kecewa tu sebab mengutuk ciptaan pemberian tuhan dan dalam kalangan bangsa kita sendiri pula tu tapi kalau mereka masih nak teruskan tak apa kerana Allah yang akan membalasnya nanti,” kata Elly kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi