suria

Adira tanggung komitmen tinggi, Datuk Red tak mampu bagi nafkah banyak... Bekas isteri ‘update’ setiap kali keluar rumah

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu tampil mempertahankan bekas isterinya iaitu Adira yang menerima kecaman kerana dikatakan melanggar edah iaitu keluar rumah dalam tempoh berkenaan.

Mengakui tindakan Adira itu salah, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 46, bagaimanapun menjelaskan niat Adira hanyalah mencari rezeki bagi menyara keluarga serta melunaskan komitmen ditanggung.

“Komitmen Adira sangat tinggi, kena bayar rumah, bayar kereta, ada orang gaji dua orang, sara ibu di kampung. Dia juga ada syarikat yang mempunyai staf.

“Yang bagusnya Adira ini, dia keluar rumah walaupun pergi ke kedai di hadapan rumah pun dia akan hantar ‘live location’ kepada saya. Apa pergerakan dia saya tahu dan izinkan. Niat dia hanya cari rezeki.

“Kalau pergi ke ‘show’ pun, dia akan terus balik rumah. Tidak ada jumpa kawan untuk berseronok,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi