suria

Dua tahun buta, penglihatan Iqbal Mazlan masih belum pulih... Sebak hilang kawan dan tiada kerja

HAMPIR dua tahun hilang deria penglihatan akibat jangkitan kuman, pelakon Iqbal Mazlan akur takdir dirinya sekiranya tiada lagi peluang untuk melihat kembali.

Gara-gara kecacatan kekal dialami itu, Iqbal atau Muhammad Iqbal Mazlan, 35, berkata dia mengalami anxiety yang teruk hingga menggangu emosi dan mentalnya.

“Sekarang ni, saya hanya bergantung kepada ubat steroid saja dan kesanya agak kuat hingga membuatkan berat badan saya naik, mata saya pula masih tak nampak macam biasa cumanya ada satu ketika saya akan nampak cahaya terang dan tiga warna saja iaitu merah, hijau dan hitam.

“Saya tak kuat dan mengalami tekanan perasaan pada mulanya dan pernah satu ketika saya nak buat keputusan untuk bunuh diri sebab mata sudah tak nampak jadi saya fikir untuk apa teruskan hidup.

“Saya reda dengan apa yang berlaku pada saya ini, dan pasrah saja kalau tuhan belum berikan peluang untuk saya melihat kembali pun tak apa, tak mahu persoalkan apa-apa,” kata Iqbal kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek kali ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi Iqbal di kediamannya bertempat di Kapar, Klang bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

Untuk rekod, program mStar Baek diterbitkan untuk siaran di semua platform video dan media sosial mStar dan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober lalu yang menyaksikan Allahyarham Jaafar Onn sebagai selebriti dan artis pertama yang menerima kunjungan.

Peserta terpilih turut menerima wang tunai RM3,000 untuk perbelanjaan harian, kad perubatan untuk kegunaan 12 kali rawatan serta kelengkapan alat bantuan perubatan.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi