suria

“Cukup-cukup fitnah, burukkan nama kami”... Search kesal dituduh abai hak isteri arwah Yazit

KUMPULAN Search meminta supaya individu tidak bertanggungjawab untuk berhenti menyebarkan fitnah dan menuduh mereka tidak mengambil peduli terhadap nasib isteri Yazit iaitu Ramlah selepas pemergian drummer itu pada 2019.

Mengulas mengenai perkara itu, pemain bass Search iaitu Nasir, 65 berkata mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah itu.

“Isu ini sangat peribadi orang luar tak perlu sentuh atau campur tangan, kami tak pernah abaikan hak arwah Yazit dan kami pastikan setiap royalti dapat akan dimasukkan sekali keluarga arwah.

“Siapa yang pandai-pandai buat cerita ni, jangan sibuk hal Search, jaga keluarga sendiri sudah la, tak suka perkara yang berulang-ulang, saya tahu ada golongan yang cuba nak hangatkan kembali perkara ini.

“Setiap konsert pun kami akan panggil isteri arwah untuk datang, ada sumbangan lain pun kami bagi malah saya baru saja hubungi isteri dia minggu lepas, jadi hentikan sebar kalau saya tahu memang akan saman dan sila kalau berani tampil kehadapan,” Kata Nasir kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi