suria

“Allah tempat saya mengadu” - Kak KM tahan air mata, bisnes mula terganggu gara-gara banyak produk tiruan

PRODUK jualannya ditiru oleh individu tidak bertanggungjawab, usahawan sensasi Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM berhasrat untuk memberhentikan pengeluaran jenama berkenaan dan beralih kepada perniagaan lain.

Kata Kak KM, 43 yang sedih dengan perkara tersebut, dia mengakui kewujudan barangan ‘fake’ itu menyebabkan hasil pendapatannya semakin berkurangan.

“Sekarang ini sudah nampak (hampir jatuh) sebab ada pihak tidak bertanggungjawab guna saya punya produk dan buat tiruan. Dia dapat duit daripada saya punya produk.

“Itu yang buat saya sedih, tapi kalau setakat netizen bercakap (mengata), itu sedikit pun saya tidak takut. Sebab saya tidak mati dek hinaan, tidak hidup dek pujian. Saya tidak peduli siapa-siapa.

“Tetapi kalau usik periuk nasi saya, itu saya rasa tersentak dan tidak boleh berdiam diri,” katanya kepada mStar.

Selain melaporkan kepada pihak polis, Kak KM juga mengakui yang dia banyak mengadu masalahnya itu kepada Allah.

“Kita ada tuhan sahaja, tahu susah senang saya. Memang saya mengadu dengan tuhan sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi