suria

Dua bulan tak ambil ‘job’ nyanyian, Black Hanifah dedah alami masalah peti suara dan sukar bercakap

PENYANYI Black Hanifah memberitahu dia baru saja selesai membuat pembedahan pada 16 May lalu ekoran terdapat ketumbuhan di mulutnya (polip).

Berkongsi mengenai perkara itu, penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad, 36, berkata kesan daripada ketumbuhan itu, vokal suaranya terjejas hingga menyulitkannya untuk menyanyi mahupun bercakap.

“Saya direhatkan selama dua bulan, sebelum ini saya memang tak boleh menyanyi mulanya ingatkan kena sihir orang tapi bila jumpa doktor baru tahu ada biji yang terkeluar di saluran vokal saya.

“Dalam tempoh setahun tu saya perasan suara mulai hilang kemudian makin teruk hingga tak boleh menyanyi, lagi buatkan saya sedar apabila bercakap pun jadi penat serta putus-putus, kemudian terus buat keputusan untuk buat pembedahan ini," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Black memberitahu keadaanya selepas dua bulan melakukan pembedahan itu, suaranya sudah kembali normal dan mampu untuk menyanyikan lagu lamanya semula.

“Dua bulan lepas suara saya memang teruk dan tak boleh menyanyi malah kena banyak berehat tapi sekarang syukur suara kembali macam zaman saya umur 23 tahun dulu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi