suria

Banyak duit syiling berterabur depan gerai, Vicha baru tahu itu cubaan sihir... “Tapi hantu Indonesia lagi seram”

PELAWAK Vicha Saywho mendedahkan dia pernah berdepan gangguan sihir semasa menjalankan perniagaan makanan di Malaysia.

Vicha atau Refika Novianti Faturohman, 36, bagaimanapun berkata dia tetap memandang positif mengenai perkara itu meskipun menyedari ada pihak cuba menjatuhkan perniagaannya.

“Pernah sekali depan gerai saya ada duit syiling banyak dan yang kelakarnya saya ambil duit itu kerana tidak tahu itu adalah gangguan sihir atau apa.

“Bila saya tanya kepada rakan, rupanya itu adalah salah satu sihir yang digunakan melalui duit syiling untuk kita, tapi selepas kejadian tu saya tak rasa sakit atau apa-apa, malah masih anggap itu adalah perkara normal.

“Saya tak pernah buat jahat atau bermusuh dengan sesiapa, semuanya saya baik-baik saja jadi tak sangka pula ada orang sanggup buat macam tu pada saya,” kata Vicha kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, semua cawangan kedai makanan bakso miliknya di Malaysia sudah ditutup dan membuka cawangan baru di Bandung, Indonesia.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi