suria

Aedy Ashraf tak berkira soal bayaran, lebih puas dapat bekerja dengan pelakon hebat

PELAKON Aedy Ashraf mendedahkan dia tidak pernah meletakkan nilai bayaran tertentu kepada pihak produksi sebelum menerima tawaran lakonan drama atau filem.

Kata Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, dia tidak kisah jika menerima bayaran rendah asalkan mendapat pengalaman bersama pelakon senior.

Malah, dia juga tidak menolak tawaran karya berkualiti dan mampu memberi kesan kepada penonton.

“Saya ada satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Di situ saya kenal diri saya yang saya tidak perlu duit yang banyak. Kalau buat projek banyak duit tapi tidak beri mesej dan kesan, saya tidak dapat kepuasan itu.

“Saya ada dapat projek dengan bayaran RM2,500 dan penggambaran selama 10 hari. Saya tidak kisah sebab yang penting dapat bekerja dengan pelakon legend. Itu lebih penting. Ia sekitar 2018,” katanya kepada mStar.

Malah tambah Aedy, tahun ini dia juga melalui perkara sama melalui filem Dari Yong Peng ke Kodiang kerana dikatakan tidak mempunyai bajet yang mencukupi.

“Ada Ahmad Tamimi Siregar, Sabri Yunus, Nam Ron. Tiga legend dalam satu filem. Jadi saya rasa itu adalah pengalaman berharga yang saya suka. Bayaran tidak banyak sebab filem ini mempunyai bajet yang rendah.

“Semasa produksi nak tawarkan watak, saya nak tengok skrip terlebih dahulu. Kemudian saya jatuh cinta dengan skrip dan barisan pelakon, jadi saya terima tawaran itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi