PENYANYI baharu, Andika Zulkefli atau lebih dikenali Andyoso memohon maaf jika foto dan video perkahwinannya bersama seorang wanita menjadi tular di media sosial sehingga mengundang kekeliruan peminat.
Mengakui ia hanyalah gimik sempena pelancaran lagu baharu berjudul Pendamping Hidupku, Andy, 20, berkata dia sendiri tidak menyangka rakaman babak berkenaan menjadi bualan peminat.
“Saya belum kahwin, saya minta maaf itu semua marketing lagu baharu... akad nikah dan pelamin semua untuk muzik video. Kita post sebab nak promote lagu, tak sangka pula sampai viral.
“Hampir 2,000 orang unfollow saya selepas saya post kata dah kahwin.
“Cuma saya mahu jelaskan perempuan dalam MV itu bernama Dania iaitu influencer di Indonesia. Dialah pelakon dalam MV berkenaan,”katanya kepada mStar.
MV dan lagu Pendamping Hidupku boleh didengar dan ditonton di saluran YouTube Awal Muzik.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI