suria

Nas-T sibuk di set Keluang Man, ‘video call’ pengubat rindu isteri dan anak-anak

PELAKON Nas-T memberitahu buat masa ini dia terpaksa mengorbankan waktu bersama isteri dan anak-anak demi menyiapkan pembikinan filem Keluang Man.

Nas-T atau Nas Muammar Zar, 41, bagaimanapun bersyukur kerana keluarga memahami keadaan dirinya yang sedang sibuk menjalani penggambaran filem berkenaan.

“Nak kata seimbang tu tak juga sebenarnya tapi isteri dan anak-anak faham keadaan saya sedang sibuk dengan projek filem Keluang Man.

“Saya balik pun pagi kemudian bangun pula tengah hari kemudian terus nak siap-siap pergi ke set penggambaran jadi waktu tu agak kurang bersama mereka tapi saya cuba bahagikan waktu walaupun sikit.

“Mereka di belakang saya dan selalu juga ‘video call’ atau tunjuk gambar dekat set bila saya balik rumah, nak kata bawak mereka ke set mungkin belum lagi sebab bahaya keadaan disini," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi