suria

Izam Eye mahu ‘pergi’ dalam ketenangan, anggap ujian sakit teguran Allah... “Dulu kita buat banyak dosa”

VOKALIS kumpulan Eye iaitu Izam reda menerima takdir diuji masalah kesihatan sejak tahun 2019.

Izam atau Mohd Izam Mohd Arshad, 57, berkata selepas diserang lumpuh pergerakkannya tidak lagi kuat seperti dulu malah dia tidak mampu melakukan pekerjaan berat selain hanya mampu menyanyi.

“Keadaan saya sama saja seperti dulu cuma belum mati saja lagi, berjalan pun tidak betul dan kaki ini mungkin tidak akan betul macam dulu lagi.

“Mungkin keadaan saya ini tidak akan baik lagi malah akan kekal begini sehingga saya mati, dulu persembahan nyanyi banyak tapi sekarang tak lagi.

“Walaupun orang tengok macam okay dan saya ada banyak persembahan nyanyian tapi itu lebih kepada membantu Maahad Tahfiz An Nur, itu sebenarnya saham akhirat saya nanti,” kata Izam kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek kali ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi Izam di kediamannya bertempat di Cheras, Kuala Lumpur, bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

Untuk rekod, program mStar Baek diterbitkan untuk siaran di semua platform video dan media sosial mStar dan bersiaran pada setiap Khamis bermula 29 Mac lalu yang menyaksikan Allahyarham Jaafar Onn sebagai selebriti dan artis pertama yang menerima kunjungan.

Peserta terpilih turut menerima wang tunai RM3,000 untuk perbelanjaan harian, kad perubatan untuk kegunaan 12 kali rawatan serta kelengkapan alat bantuan perubatan.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi