suria

Bekas kekasih bukan nak buka aib, dah ajak influencer ‘tebuk Quran’ bersemuka tapi nombor kena block

KETIKA isu gangguan seksual membabitkan seorang influencer hangat diperkatakan netizen, tiba-tiba muncul seorang wanita mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada lelaki berkenaan.

Wanita berkenaan yang juga merupakan pelakon baharu iaitu Atyka mengakui membuat pendedahan itu kerana mahu menyelesaikan isu antara mereka berdua yang masih belum berkesudahan.

Kata Atyka atau Nur Atyka Jalil, 24, influencer berkenaan sudah menyekat nombornya dan berharap lelaki itu tampil menyelesaikan kemelut mereka.

"Saya ada hubungi dia untuk berjumpa, sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan tapi saya diblock. Saya tak memburukkan dan saya cuma cakap jangan nafikan, sebab ada hal lain antara saya dan dia yang masih belum selesai. Dia tahu apa hal itu.

"Saya pun sudah berhenti muat naik sebarang posting di Instagram. Saya hanya nak dia berjumpa dengan saya sahaja," katanya pada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama Epilog 3 Naga itu memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer itu sebagai bukti mereka pernah menjalinkan hubungan.

Malah Atyka juga ada berkongsi paparan skrin mesej dihantar ibu lelaki berkenaan yang menyebut mengenai dirinya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi