suria

Sedih tengok ramai rakan artis tak sihat, Tam Spider elakkan stres bimbang jatuh sakit

MELIHAT ramai rakan selebriti diuji masalah kesihatan, penyanyi Tam Spider meluahkan rasa sebak dan simpati akan nasib menimpa mereka itu.

Bagi meringankan beban ditanggung itu, Tam atau Rustam Mustafah, 51, berkata dia turut sama membantu menghulurkan sumbangan serta memberikan semangat kepada rakan artis yang diuji itu.

“Itu bahagian mereka tapi saya sebagai kawan memang simpati, bila jadi perkara ini bukan saja mereka diuji malah kita juga diuji untuk respon perkara itu sama ada nak bantu atau biarkan saja.

“Sebenarnya boleh jadikan satu iktibar buat kita untuk tahu betapa pentingnya merancang dan menjaga kehidupan dengan baik agar dapat berterusan sampai bila-bila.

“Ada juga yang saya bantu rakan artis terutamanya bila ada rezeki lebih dan selain beri duit, saya berjumpa dan luangkan masa dengan mereka tu salah satu cara bantu mengubati mereka juga untuk hilangkan bebanan serta stress,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi