suria

Tertipu tawaran ‘bluetick’, akaun Aya Amiruddin kena godam... Scammer minta gambar bogel sebagai ganti

PELAWAK dan pelakon Aya Amiruddin memberitahu akaun TikTok miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab sejak Sabtu lalu.

Bukan sahaja itu, Aya atau Fidya Natasha Amiruddin berkata individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu turut meminta gambar bogelnya sebagai ganti sekiranya ingin mendapatkan semula akaun berkenaan.

"Pada mulanya saya terima mesej ada pihak cuba menawarkan blue tick untuk TikTok saya, kemudian bila saya tekan link tu terus akuan saya digodam.

"Dia minta saya bayar ASD$200, kemudian minta gambar bogel saya dan baru dia pulangkan kembali akaun tersebut, terkejut dan sedih juga bila perkara ini berlaku pada saya sebab akaun tu punca saya cari rezeki,” kata Aya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aya memberitahu dia juga telah membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya malah berharap agar pihak berkenaan memberikan akaun Tiktoknya semula.

"Sekarang ini saya sudah buat laporan polis dan tunggu maklum balas daripada pejabat Tiktok untuk selesaikan perkara ini, harap dapat balik akaun saya tu,” ujarnya.

TONTON VIDEO BIZIBODY DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi