suria

Rezeki sayang kucing, Abang Bulu Goreng dah jadi pelakon... Tak rugi buat baik dengan haiwan

PERSONALITI media sosial, Thompson Goh meluahkan rasa syukur apabila dirinya kini semakin dikenali ramai disebabkan membuat kandungan mengenai kucing kesayangan di aplikasi TikTok.

Kata Thompson yang juga dikenali sebagai Bulu Goreng, dia percaya bahawa semua pencapaian yang diperolehnya sehingga hari ini termasuk menjadi pelakon adalah rezeki daripada menjaga kucingnya itu dengan baik.

“Ya, saya mengaku saya popular disebabkan kucing saya. Saya percaya yang bila jaga haiwan atau buat baik dengan mereka, rezeki akan melimpah dan sekarang ini banyak perkembangan baik berlaku pada diri saya.

“Saya pada awalnya tidak mempunyai apa-apa, dan sekarang ini saya naik dan sudah pun bergelar pelakon,” katanya kepada mStar.

Meskipun sudah bergelar pelakon, Thompson berkata dia tidak akan berhenti untuk membuat konten berkenaan kucingnya itu.

“Saya masih buat konten dengan kucing saya. Saya tidak akan tinggalkan itu. Nama bulu goreng pun sudah menajdi ‘brand’ kepada saya. Jadi tak kan saya nak tinggalkan,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman pertama kali berlakon melalui filem Kahar: Kapla High Council, Thompson berkata pada awalnya dia berasa sangat mencabar dan tertekan.

“Ini kali pertama saya berlakon. Gandingan dengan pelakon lain ini awalnya rasa sangat mencabar dan tertekan. Tetapi saya ambil itu sebagai cabaran untuk diri saya lakukan yang terbaik,” tuturnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi