suria

“Poster main peranan penting”... Marsha masih belum jumpa penganjur Konsert Sumandak Stars

PENYANYI Marsha Milan berpendapat poster merupakan peranan yang sangat penting dalam menarik peminat untuk menyaksikan sesebuah konsert yang dianjurkan.

Ketika ditanya mengenai poster Konsert A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku yang meletakkan gambar Bella Astillah lebih besar daripada penyanyi lain, Marsha atau Marsha Milan Londoh, 39, memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Marsha berkata dia tidak mempunyai sebarang informasi mengenai perkara itu memandangkan dia belum lagi berjumpa dengan penganjur.

“Gambar itu saya tahu sebab saya pun tengok di Instagram. Semua informasi saya tahu daripada sosial media sahaja sebab saya belum lagi ebrjumpa dengan penganjur.

“Tetapi semestinya poster sangat memainkan peranan penting sebab ia yang bawa orang untuk tengok sesebuah konsert itu. Selain poster, konsep bagi konsert juga penting,” katanya kepada mStar.

Marsha juga enggan menjawab soalan mengenai adakah dia juga bakal mengikuti Stacy untuk menarik diri daripada Konsert Sumandak Stars itu.

“Itu nanti, biarlah masa yang menentukan. Bagi saya jumpa dulu dengan pihak penganjur. Berkenaan kontrak pun itu adalah peribadi,” ujarnya.

Penyanyi itu juga berharap konsert yang bakal diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada 30 November depan berjaya dilaksanakan dan berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Marsha merupakan salah seorang pelakon yang dalam filem Don Dukun yang bakal ditayangkan bermula 31 Oktober ini.

Selain Marsha, filem bergenre komedi seram itu turut dijayakan oleh Zul Ariffin, Ropie, Datuk Yusof Haslam, Douglas Lim, Marsha Milan, Sangeeta Krishnasamy.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi