suria

Ziana Zain pandai jaga hati peminat, tegur pun cara baik... Terbuka terima pandangan

PENYANYI Ziana Zain mendedahkan dia pernah mengalami lebam pada anggota tubuh badan ketika diserbu oleh peminat.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 56 berkata perkara itu terjadi ketika dia masih muda dan peminatnya bertindak agresif.

“Masa zaman saya muda-muda dulu ada, semua macam nak tarik-tarik saya.

“Saya didik peminat saya, saya kata nak bergambar boleh tapi jangan tarik-tarik sebab kadang-kadang terjadi insiden bila balik rumah saya dapati badan saya terdapat kesan lebam,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ziana berkata sebagai seorang penyanyi dia perlu bijak megawal emosi dirinya agar peminatnya mendengar nasihat.

“Terdapat pelbagai cara untuk beritahu mereka dengan intonasi yang baik dan senyuman manis, kalau kita sampaikan dengan suasana marah mereka akan rasa benda itu, jadi kita kena cakap dengan baik lalu mereka akan terima,” ujarnya

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi