suria

Peminat kecewa tak dapat beli tiket, Ernie Zakri ada alasan pilih Dewan Plenary lokasi konsert

TIKET konsert sulung penyanyi Ernie Zakri yang bakal berlangsung pada 25 Januari tahun depan sudah pun habis terjual hanya dalam tempoh tujuh jam ia dibuka.

Bagaimanapun, ada pula peminat meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila gagal membeli tiket termasuk pemilihan lokasi dianggap tidak sesuai dan hanya mampu memuatkan 3,000 penonton.

Menjelaskan perkara itu, Ernie berkata, pemilihan Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dibuat kerana ingin bermula daripada bawah sebelum beralih kepada lokasi lebih besar.

"Insya-Allah selepas ini mungkin buat di Istana Budaya, Megastar Arena atau suatu hari nanti ada rezeki adakan konsert lebih besar di Axiata Arena.

"Saya nak mulakan dengan lokasi tidak terlalu kecil tetapi sederhana, perjalanan itu sebenarnya saya nak kongsi dengan peminat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia akan menampilkan suaminya yang juga penyanyi Syamel pada konsert itu nanti.

Bagaimanapun jelasnya perkara itu masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan namun berjanji akan memberi persembahan bertenaga buat semua peminat yang akan hadir.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi