suria

Pujian Noraniza Idris satu penghargaan tapi terlalu berat untuk Aisha Retno

PENYANYI Aisha Retno gembira dan teruja apabila ratu irama Malaysia iaitu Noraniza Idris memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi pelapis muzik etnik.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 20, bagaimanapun mengakui ia merupakan satu beban dan tanggungjawab yang berat untuk diterima memandangkan dia masih baharu dalam industri.

“Saya gembira tetapi saya rasa berat untuk terima sebab saya belum cukup keluarkan lagu tradisional. Saya anggap ia sebagai satu motivasi yang diberikan Kak Ani (gelaran bagi Noraniza) untuk keluarkan lebih banyak lagu tradisional.

“Insya-Allah dengan kata-kata itu saya akan terus berusaha, tetapi jujurnya agak beban juga bagi saya,” katanya kepada mStar.

Ada yang menganggap dirinya tidak layak menjadi pelapis, Aisha hanya memandang perkara tersebut ke arah positif dan akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Saya baru 5 tahun dalam industri, banyak lagi perjalanan saya. Kalau ada yang kata tidak layak, saya akan berusaha lagi untuk gapai benda itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi