suria

Sebak cerita perjalanan awal jadi artis, Awie kena halau rumah sewa makan nasi kuah sardin

MELALUI perjalanan sukar bergelar seorang anak seni, penyanyi Datuk Awie memberitahu sewaktu awal kemunculan sebagai penyanyi dia pernah berdepan dugaan hidup antaranya dihalau daripada rumah sewa.

Berkongsi perkara itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, tetap meluahkan rasa syukur kerana pengalaman lalu banyak mengajarnya erti sebenar kehidupan.

Malah dia juga tidak menafikan kejayaan yang diperolehi kini atas berkat doa ibu bapanya.

“Saya pernah tinggal bawah kolong tiga bulan, orang tak tahu betapa susahnya saya nak jadi anak seni dan pernah kena ganggu hingga baling barang dekat kereta.

“Saya pernah makan nasi dengan kuah ikan sardin saja selama beberapa bulan serta tinggal dalam bilik kecil seramai lapan orang.

“Ibu bapa saya tak percaya dekat saya mulanya dan setiap kali persembahan nyanyian bapa saya akan ikut dan intai secara diam-diam, disebabkan ayah saya guru silat dan garang jadi saya takut... kekuatan saya ada padanya,” kata Awie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi