suria

Ryan Bakery sibuk selepas bergelar bapa, peminat tunggu content dengan Wan Chai

PERSONALITI media sosial Ryan Bakery memberitahu hubungannya dengan sahabat yang juga merupakan TikToker Wan Chai masih baik.

Walaupun jarang berjumpa namun Ryan atau Muhammad Ryan Fami Bakery, 29, berkata mereka masih lagi berhubung dan menghasilkan content video bersama.

“Dulu saya bujang jadi tinggal sekali dengan satu kumpulan jadi bila dah berkahwin ni memang jarang sikit untuk berjumpa sebab keutamaan lebih kepada isteri dan anak.

“Banyak juga orang tanya mana Wan Chai dah tak kawan ke tapi sebenarnya hubungan masih macam dulu dan selalu juga singgah ke rumah mereka sebab dekat.

“Baru saja buat content video dengan dia, kalau tengok video pun masih ada lagi tapi biasalah orang tak tahu jadi mereka boleh cakap tanpa tahu saya macam mana kan,” kata Ryan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi