suria

Shahz Jaszle teringin berlakon filem aksi, mahu lari daripada drama cinta air mata

PELAKON Shahz Jaszle memasang impian untuk berlakon dalam filem aksi berlainan genre drama lakonannya sebelum ini.

Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 36, bagaimanapun berkata sehingga kini dia masih belum mendapat tawaran berkenaan.

“Saya sebenarnya teringin nak pergi ke genre action, kalau boleh nak keluar daripada cerita-cerita drama.

“Saya akan belajar Muay Thai dan saya akan memuat naik lebih banyak di sosial media, sebenarnya saya sangat teruja sebab orang tak tahu saya pernah belajar silat mungkin masa saya baru berlakon dulu orang nampak saya lebih ke cerita cinta,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahz berkata kebanyakkan pelakon seangkatan dengannya sudah ditawarkan peluang berlakon filem aksi

“Ya, rakan seperjuangan saya pada masa dulu semua dah pergi ke action, Sharnaaz dah pergi, Syafiq Kyle dah pergi, semua dah pergi action,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi