suria

Ingatkan senang, rupanya susah... Zaki Yamani ‘blur’ belajar teori bidang muzik, cari kawan betul-betul pandai

PENYANYI Zaki Yamani tampil mengulas mengenai dakwaan kononnya hubungan dia dan bapa iaitu Datuk Jamal Abdillah dalam keadaan tegang serta kurang baik sejak kebelakangan ini.

Kata Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, dia tidak mempunyai perasaan dendam namun agak kecewa apabila bapanya itu tidak mengambil tahu perkembangan semasa dirinya.

“Kami berdua ini sudah lama tidak berhubung (telefon dan mesej). Tapi hubungan saya dengan ayah saya okay sahaja. Kami tidak gaduh pun.

“Tetapi selepas dia buat kenyataan tentang sambung belajar di UiTM itu semestinya kecewa dan terasa sedikit. Saya tidak tahu awalnya dan kawan-kawan beritahu,” katanya kepada mStar.

Ditanya pengalamannya pertama bergelar pelajar universiti, Zaki mengakui pada awalnya agak sukar baginya memandangkan dia perlu mempelajari lebih banyak teori.

“Dua minggu pertama itu saya memang ‘blur’ sebab banyak teori. Saya terpaksa cari kawan yang betul-betul pandai dalam bidang ini untuk ‘guide’ saya. Dan Alhamdulillah sekarang saya sudah boleh buat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi