suria

Bukan mudah urus pertubuhan amal, Noorkhiriah akui berat tanggung amanah duit sumbangan

PELAKON Noorkhiriah memberitahu bukan mudah buatnya untuk menguruskan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah memandangkan ia melibatkan amanah wang ringgit.

Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 46, berkata sejak awal penubuhan kebajikan itu dia memilih untuk berhati-hati khususnya hal berkaitan pembahagian duit sumbangan orang ramai.

“Berat sebenarnya bila melibatkan hal duit sebab kena amanah sebab itu merupakan hasil sumbangan daripada orang ramai.

“Setiap kali duit masuk suami saya akan audit duit tersebut malah kadang-kadang sumbangan tidak cukup tapi kami gunakan cara lain untuk bantu orang.

“Berat kalau van jenazah rosak tapi Allah baik sebab selalu bantu hambanya ni sebab kalau kita mudahkan kerja orang lain nanti orang akan mudahkan kerja kita,” kata Khiriah kepada mStar.

Pada tahun 2020, Khiriah menubuhkan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah memberikan bantuan berkaitan hal pengurusan jenazah secara percuma.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi