suria

Keluarga Ismail Izzani jadi sasaran fitnah, amal ilmu hitam tuduhan berat... Pernah terima DM fotonya bersama darah

PENYANYI Ismail Izzani mendedahkan terdapat pihak cuba menjatuhkan nama baik dan keluarganya dengan menyebarkan fitnah kepada kenalan rapat mereka.

Lebih mengecewakan kata Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 24, individu berkenaan turut menyebarkan fitnah kononnya dia dan keluarga mengamalkan ilmu hitam.

"Sebenarnya banyak juga perkara (menjatuhkan) saya dalam dua tahun kebelakangan ini. Ada mesej kenalan saya cakap saya sudah berkahwin, guna bomoh dan sebagainya.

"Paling teruk adalah mereka kata saya dan keluarga menggunakan benda-benda sihir. Saya rasa itu adalah tuduhan keras dan berat untuk diterima.

"Tapi nak buat macam mana, tidak semua orang suka dan sayang dengan kita," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Iman itu turut mendedahkan dia juga pernah menerima ugutan dengan individu yang meletakkan gambarnya bersama darah melalui mesej.

“Saya pernah dapat ugutan di DM, dia letakkan gambar saya dekat kawasan darah. Saya tidak mahu fikir macam-macam. Itu pengalaman buruk saya. Ketika itu, nak keluar pun ada rasa takut,” ujarnya.

Jelas Ismail, dia enggan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak melemparkan fitnah tersebut sebaliknya mahu fokus terhadap kehidupan peribadi dan kariernya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi