suria

Zulhadi harap ada keajaiban, undur diri kalau lagu baharu gagal pikat hati pendengar

SELEPAS lagu keduanya gagal mendapat sambutan pendengar, penyanyi Zulhadi kembali dengan single terbaharu berjudul Kekasih Belum Jelas.

Zulhadi atau Zulhadi Mad Rakman, 22, berkata, lagu tersebut adalah penentu sama ada dia akan terus bergelar anak seni atau mengambil keputusan menamatkan kariernya sebagai penyanyi.

Jika lagu tersebut gagal mendapat sambutan, Zulhadi yang pernah mencipta nama menerusi lagu Bidadariku akan kembali memberi tumpuan 100 peratus terhadap kariernya sebagai jurulatih bola tampar.

"Saya hilang sebab fokus kepada kerja sebagai jurulatih bola tampar tetapi dunia muzik tetap saya teruskan. Sebab itu juga saya lancarkan single ketiga ini.

"Kekasih Belum Jelas mungkin menjadi lagu terakhir saya... Kalau dapat sambutan saya teruskan kerja sebagai penyanyi dan jika tidak saya fokus sahaja kepada perkara lain," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi