suria

Kemunculan ramai bakat baharu, AR Badul nasihat pelawak lebih sensitif beradab atas pentas

PELAWAK AR Badul menyifatkan tindakan segelintir bakat baharu menjadikan artis veteran sebagai bahan jenaka merupakan satu sikap tidak beradab.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 74, berkata sikap berkenaan dilihat seolah-olah tidak meletakkan sensitiviti seseorang apabila melakukan persembahan.

“Mungkin mereka masuk (industri seni) sudah menjadi trend macam itu, berbeza dengan dulu kena beradab kena mesej dulu.

“Kalau orang dah minat segala apa yang dikatakan semua menjadi betul jadi perasaan sensitiviti itu tak ada, tidak ada benda itu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Badul berkata dia menghormati pelawakk baharu kerana mampu menghiburkan penonton serta menjayakan program mereka sendiri.

“Saya terima kehadiran pelawak-pelawak baru, saya hormat juga maknanya anda mampu membuat program dan mampu mentertawakan orang ramai,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi