suria

Watak lakonan jadi inspirasi, Bell Ngasri syukur doa termakbul... Bagi pesanan ikhlas untuk bakat baharu

PELAWAK Bell Ngasri menyatakan rasa syukur atas penerimaan rakyat Malaysia dengan watak Barkoba yang dilakonkan olehnya dalam telefilem 16 Puasa.

Malah Bell atau nama sebenar Nasrizal Ngasri, 44, turut mengakui dia menyukai watak berkenaan yang dicipta oleh pengarah Allahyarham Mamat Khalid.

“Alhamdulillah yak yak yeah itu saya suka sangat idea kreatif dari pengarah terkenal iaitu Allahyarham Mamat Khalid.

“Saya rasa diberikan kegembiraan bukan sekadar watak Barkoba ataupun cerita 16 puasa tapi dia merangkumi seluruh Malaysia semua orang gembira bila disebut tentang yak yak yeah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bell menasihati anak muda yang menjadikan dirinya sebagai inspirasi untuk tidak mengambil perkara yang negatif sebagai contoh.

“Harap-harapnya inspirasi yang memberikan kebaikan jangan inspirasi untuk ikut cari tempat tak puasa, itu jangan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi