suria

Tekanan buat Atu enggan sertai program lawak, sudah tiba masa beri laluan kepada pelawak baharu menyinar

TEKANAN menjadi salah satu sebab mengapa pelawak Atu daripada kumpulan Zero enggan lagi menyertai mana-mana pertandingan program komedi.

Tidak hanya itu, Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 32, berkata, sudah tiba masanya dia memberi ruang kepada pelawak generasi baharu untuk menimba pengalaman di pentas komedi.

"Sebenarnya ramai tidak tahu yang menyertai pertandingan seperti ini memang banyak tekanan selain ia mengambil masa yang lama.

"Macam contoh kalau saya terlibat dengan Muzikal Lawak Superstar saya perlu bagi komitmen sepenuhnya selama dua bulan.

"Rasanya berilah peluang kepada pelawak-pelawak baru pula untuk bersinar dan saya pun boleh fokus kepada perkara lain seperti berlakon dan sebagainya," katanya kepada mStar.

Pun begitu, Atu tidak menafikan ada rasa kekosongan dalam dirinya apabila tidak lagi berdiri di atas pentas untuk menghiburkan peminat.

Ini termasuk kesibukan membuat persiapan, berfikir idea persembahan dan kekecohan sebelum naik ke atas pentas mengadakan persembahan.

"Kadang-kadang ada rasa 'kosong' sebab rindu tapi hidup mesti diteruskan," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi