suria

Faizal Hussein ikut cara Kasma Booty jaga eksklusif diri, keluar rumah pakai ‘face mask’ elak jadi tumpuan

AKTOR terkenal Faizal Hussein selesa dengan kehidupan tanpa tumpuan orang ramai selain ingin menjaga eksklusif diri sebagai pelakon.

Faizal atau Mohd Faizal Hussein, 57, berkata, dengan menjaga privasi kehidupan peribadi membuatkan dia sentiasa tenang selain bebas daripada gangguan mahupun kontroversi.

Jelas Faizal apa dilakukan juga adalah hasil didikan Allahyarham bapanya yang juga pelakon Hussein Abu Bakar yang melihat cara primadona Allahyarham Kasma Booty yang cukup menjaga eksklusif diri sebagai bintang terkenal.

"Sebenarnya apa saya amalkan ini adalah didikan sejak kecil daripada arwah bapa saya yang memang cukup menjaga soal privasi dalam kehidupan sehariannya.

"Perkara itu juga dibuat sebab mengikuti amalan dilakukan primadona Kasma Booty yang cukup popular ketika itu. Ramai ingin berjumpa dengannya tapi tidak boleh sebab beliau menjaga eksklusif dirinya.

"Saya bukan nak jadi sepertinya tapi apa dilakukan dapat digunakan dalam kehidupan sebagai seorang selebriti," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Faizal memberitahu disebabkan itu juga sehingga kini dia cukup selesa mengenakan pelitup muka atau face mask setiap kali keluar rumah bagi mengelak menjadi tumpuan orang ramai.

"Kalau pergi ke pusat beli-belah atau bawa isteri serta anak-anak berjalan-jalan memang saya akan pakai face mask... Ada juga orang kenal tapi 80 peratus memang saya selamat.

"Pada saya kalau seorang artis itu banyak sangat keluar majalah, melepak di kedai mamak atau terlalu aktif di media sosial akan mengurangkan eksklusif mereka.

"Saya secara peribadi akan terus lakukan apa yang sudah dibuat sejak sekian lama dan tak rasa terbeban pun sebab sudah terbiasa," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi