suria

Kecewa tak terima hak sepatutnya, Angah Razif nekad buka syarikat rakaman sendiri... Dulu tiada ilmu

KECEWA dengan label rakaman sebelum ini, gitaris Projector Band iaitu Angah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat sendiri iaitu AR Muzik sejak tahun 2022.

Kata Angah atau Razif Zainuddin, 32, idea itu mula tercetus selepas tidak menerima bayaran setimpal meskipun lagu ciptaanya berjudul Aisyah menerima sambutan luar biasa di Malaysia dan Indonesia.

“Banyak perubahan sebenarnya sebab kalau dulu dibawah syarikat muzik jadi kami tak tahu di mana nilai lagu kita, macam lagu Sudah Ku Tahu cecah 40 juta tontonan tapi tak tahu berapa YouTube bayar.

“Rasanya bukan saya saja yang tak tahu tapi artis lain juga sama, jadi saya ambil peluang waktu zaman pandemik untuk tubuhkan studio rakaman dulu kemudian belajar selok belok sebelum wujudkan AR Muzik.

“Kalau ikutkan saya dah kaya sebab lagu Aisyah viral di Indonesia tapi ada seorang individu beritahu yang rupa-rupanya saya ada duit banyak sebabkan lagu tu tapi tak fikir sangat sebab tak belajar tentang kontrak, tapi bila belajar baru tahu dan rasa nak marah,” kata Angah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi