suria

Rakan artis rancak buat konsert, Ramlah Ram akur belum ada rezeki hibur peminat

LEBIH 15 tahun tidak menghiburkan peminat di tanah air sendiri, penyanyi Ramlah Ram tidak berkecil hati tiada penganjur mahu melamarnya mengadakan konsert.

Walaupun ada rasa terkilan namun Ramlah, 59, percaya kepada rezeki yang sudah disusun dan ditetapkan oleh Allah SWT.

"Kalau ada peluang dan rezeki memang nak adakan konsert. Saya kadang-kadang ada juga terkilan tetapi percaya pada rezeki. Kalau ada, adalah.

"Ada penganjur tawar tapi selepas itu senyap. Mungkin masih belum rezeki saya lagi. Allah sudah susun rezeki saya dan Alhamdulillah 'show' tidak pernah putus," katanya kepada mStar.

Kali terakhir Ramlah mengadakan konsert di Malaysia adalah menerusi Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram sekitar 14 tahun lalu.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi