suria

Tinggalkan dunia lakonan demi kerja amal, influencer Adrian Edy fokus bantu orang susah di Sabah

ENGGAN lagi terlibat dengan industri lakonan, personaliti media sosial Adrian Edy berkata dia kini mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada misi bantuan selain mengembangkan perniagaannya.

Kata Edy, dia nekad untuk melakukan demikian kerana ingin membantu lebih ramai orang susah terutama di negeri asalnya iaitu Sabah.

“Saya berlakon ketika itu suka-suka sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekarang ini saya sudah tiada masa sebab mahu fokus membantu orang dan juga bisnes.

“Lagipun, di Sabah sekarang ini ramai orang susah terutama di pedalaman. Jadi, biarlah sekarang ini saya fokus kerja sukarelawan. Ini lagi buat saya gembira,” katanya kepada mStar.

Kata pemuda yang sudah membantu lebih 110 keluarga itu, bagi tahun 2025, dia merancang untuk lebih giat aktif dalam misi tersebut.

“Perancangan seterusnya adalah saya mahu bantu lebih ramai lagi terutama fokus saya adalah di Sabah sahaja. Tahun depan saya mahu lengapkan jelajah saya di semua daerah Sabah,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi