suria

Lia Natalia tiada masa bercinta, dah serik tayang teman lelaki... Fokus jaga bapa sakit di Sabah

PELAKON Lia Natalia mengakui sudah serik untuk menayangkan kebahagiaan di media sosial kerana tidak mahu perkara yang pernah terjadi pada tahun 2021 berulang kembali.

Kata Lia atau Alia Afiqah Abden, 32, dia juga ketika ini masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat memandangkan sedang sibuk menjaga bapanya yang sakit di Tawau, Sabah.

“Untuk sekarang ini, apabila tiba masanya (untuk berkahwin) baru saya beritahu. Saya tidak mahu bila sudah uar-uarkan dan nanti tidak jadi, orang kata apa pula.

“Sekarang ini pun saya sedang dalam fasa mengenali hati budi lagi. Dan perkara pertama yang saya lihat adalah orang tersebut single (belum berkahwin).

“Lagipun sekarang ini bapa saya pun tidak sihat di Sabah. Jadi saya ulang alik Tawau dan Kuala Lumpur. Sekarang ini belum ada masa lagi untuk fikir fasal itu,” katanya.

Pada tahun 2021, Lia memberitahu dia terpaksa membatalkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga meskipun persiapan perkahwinan sudah hampir mencecah 70 peratus.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi