suria

Tugas juri menilai persembahan mingguan, tiada niat malukan peserta GV

JURI Gegar Vaganza 11, Datuk Syafinaz Selamat tidak menganggap setiap komen yang diberikan kepada peserta adalah bertujuan untuk memalukan individu berkenaan.

Sebaliknya Syafinaz, 51, berkata teguran yang dibuat itu adalah bagi memperbaiki persembahan peserta supaya dapat memberikan lebih baik untuk minggu seterusnya.

“Untuk kata komen juri itu memalukan, saya tidak tahu la. Selama ini setiap komen negatif yang saya beri, ada positifnya untuk mereka perbaiki.

“Itu adalah cara untuk perbaiki diri peserta dan diakhirnya terpulang kepada mereka untuk ikut atau tidak. Nikat kami bukan memalukan, itu tugas yang kami perlu buat,” katanya kepada mStar.

Syafinaz juga menganggap pendapat penyanyi Man Bai itu merupakan luahan peribadi dan tidak memberi kesan terhadapnya sebagai juri.

“Manusia ini macam-macam. Kita tidak boleh baca fikiran mereka. Saya rasa masing-masing boleh berfikir yang mana sudah ramai artis namanya kembali naik selepas keluar Gegar Vaganza. Terpulang macam mana anda menilainya,” ujarnya.

Sebelum ini Man Bai menyuarakan pendapat yang dia tidak akan memasuki pertandingan realiti tersebut kerana menganggap ia adalah rancangan untuk memalukan peserta dan penyanyi.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi