suria

Terkejut nama kena petik selebriti ditahan miliki ganja, Fadzil Zahari sedang tunai umrah minta maaf kalau ada silap

PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari mengakui terkejut apabila ramai mengaitkan namanya dengan isu selebriti ditahan kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu lalu.

Mengulas perkara itu, Fadzil atau Fadzil Bahari Zahari, 41, berkata dia tidak terkesan dengan tuduhan itu sebaliknya meminta kepada orang ramai untuk selidik terlebih dahulu sebelum membuat andaian.

“Berkenaan isu artis di Cyberjaya tu memang salah orang dan individu berkenaan bukan saya sebab sekarang saya dan keluarga tiada di Malaysia.

“Terkejut juga kerana dalam ramai orang kenapa tuju kepada nama saya sebagai individu yang ditahan tu, semuanya bergantung kepada niat... kalau memang sengaja nak mengaibkan itu antara dia dengan tuhan.

“ Saya tak marah pun cumanya sebagai manusia kena pandai berfikir dan Alhamdulilah saya selamat malah tidak terasa dengan tuduhan tersebut,” kata Fadzil kepada mStar.

Dalam pada itu Fadzil yang kini berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah memberitahu dia memaafkan mana-mana individu yang melemparkan fitnah kepadanya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi