suria

Anak minta hadiah Porsche RM1 juta, Kak KM jawab terlalu manjakan anak - “Itu amanah Allah”

USAHAWAN sensasi Liana Rosli tidak pernah ambil pusing apabila ramai mengecam dia terlalu memanjakan anak-anaknya.

Liana atau mesra disapa Kak KM sebaliknya bangga dianggap memanjakan anak-anaknya kerana mereka adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan baik.

Malah Liana sering mengingatkan dirinya sendiri bahawa rezekinya melimpah ruah adalah untuk anak-anaknya.

"Mestilah kita kena manjakan sebab mereka anak-anak kita. Itu amanah Allah dan saya memang sayangkan semua anak-anak saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Liana tidak menafikan anak perempuan sulungnya iaitu Nabila Razman ada meminta hadiah kereta jenama Porsche yang dianggarkan berharga RM1 juta sempena hari jadi ke-21 pada 19 Disember ini.

Bagaimanapun kata Liana, disebabkan harga kenderaan tersebut terlalu mahal, dia mungkin akan memilih kereta lain sebagai hadiah untuk Nabila.

"Dia minta Prosche tapi harganya pula RM1 juta lebih. Saya sendiri pun pakai kereta RM800,000 sahaja!

"Nak kereta mahal beli sendiri tapi dia ada minta Mercedes-Benz yang dianggarkan RM800,000. Tengok macam mana kena kira bajet dulu.

"Alhamdulillah bila Allah bagi rezeki itu kita kongsi dengan anak-anak dan keluarga," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi