suria

Shikin Kamal dah penat bawa watak perampas, rupanya suka genre aksi

PELAKON Shiqin Kamal merasakan sudah tiba masanya dia menolak tawaran membawa watak antagonis terutamanya sebagai perampas.

Shiqin atau Nur Ashiqin Mohd Kamal, 33, menjelaskan impak membawa watak sedemikian meninggalkan kesan cukup besar kepadanya sehingga ramai memandang serong dan membencinya.

"Orang sampai anggap saya hanya sesuai dengan watak jahat sampaikan pernah ada seorang makcik memarahi saya ketika kami sama-sama dalam lif.

"Itu belum lagi kecaman di media sosial sehinggakan ada mengutuk gigi saya kuning!

"Bukan bermaksud saya tolak rezeki tapi kalau kerap sangat berlakon watak sama, ada juga rasa bosan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shikin memberitahu dia juga berharap dapat berlakon dalam drama atau filem genre aksi suatu hari nanti.

Malah katanya, genre berkenaan adalah minatnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi