suria

“Lelaki lemah sahaja pukul perempuan” - Hisyam Hamid nasihat suami cari cara lain lepaskan tekanan

KETIKA isu keganasan rumah tangga hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, pelakon Hisyam Hamid berpendapat suami yang memukul dan mendera isterinya merupakan seorang lelaki lemah.

Dalam hal ini, Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 39, berpandangan lelaki yang panas baran perlu mencari tempat meluahkan tekanan tanpa mengasari pasangan mereka.

“Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, tanggungjawab kalian adalah untuk melindungi keluarga terutama sekali wanita, bukan untuk mengambil kesempatan. Pada saya lelaki yang lemah sahaja akan pukul perempuan sebab kalau nak bandingkan kekuatan, sah-sah perempuan kalah. Kenapa nak pukul mereka?

“Pada golongan yang suka memukul atau mempunyai masalah panas baran, itu semua hanyalah psikologi.

“Cari ruang untuk melepaskan ketegangan atau berjumpa dengan pakar. Lepaskan kemarahan terpendam, bukan dengan cara pukul apatah lagi terhadap insan lemah,” katanya kepada mStar.

Ditanya cara untuk Hisyam melepaskan kemarahan, pelakon Andai Tiada Dia itu memaklumkan lakonan dapat membantunya melepaskan geram sekiranya mempunyai tekanan dalam hidup.

“Lakonan adalah cara saya untuk escapisme. Secara tak langsung saya boleh melepaskan tekanan. Terbaharu dalam drama Andai Tiada Dia, ada babak hentak kerusi dan pecahkan barang. Jadi, perkara tersebut bagi ruang untuk saya ekspresi diri. Ada apa-apa yang tersirat atau tersurat, masa tersebut untuk keluarkan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi