suria

Sakan artis berfesyen di karpet merah FFM33, gaya Liyana Jasmay inspirasi Zendaya!

MENGANGKAT tema EMAS - Evolusi Sinema Malaysia, karpet merah malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) meriah dengan kehadiran selebriti tempatan menggayakan fesyen masing-masing.

Ada yang tampil mengikut tema, ada pula datang dengan gaya tersendiri.

Antara mencuri perhatian adalah pelakon Liyana Jasmay yang hadir mengenakan busana berwarna cokelat tua inspirasi daripada fesyen digayakan aktres popular Hollywood Zendaya.

Turut mencuri perhatian pasangan anak beranak Normah Damanhuri dan Kak KM yang tampil cukup berbeza.

Normah yang tampil dengan fesyen tradisional manakala Kak KM pula dengan gaun labuh berwarna hijau.

Jom tonton rangkuman acara karpet merah disediakan mStar bersempena FFM33.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi