suria

Teruja tunai umrah kali ke-10, Zoey mahu doa cepat dapat jodoh... Tayang badan bukan sebab nak menunjuk

SERING menayangkan badan di media sosial, pelakon dan usahawan Zoey Rahman menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menarik perhatian orang ramai.

Kata Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 39, dia membuat hantaran tersebut adalah bagi memenuhi komitmen yang sudah dipersetujui dengan pusat kecergasan gimnasium berkenaan.

“Saya sebenarnya ada komitmen (dengan gim tersebut). Jadi saya kena bersenam dan terpaksa buat ‘content’ sebab sudah ada persetujuan.

“Biasalah, ada orang yang boleh terima dan ada yang tidak. Saya tidak berniat nak umpan orang dengan cara jual diri, siapalah saya ini. Hanya orang biasa,” katanya kepada mStar.

Dedah Zoey, selepas dia berkongsi hantaran sedemikian, ramai individu cuba untuk mendekatinya termasuklah golongan yang berstatus datuk dan nenek.

“Banyak yang komen nakal... Bukan lelaki dan perempuan sahaja, malah remaja, yang dah berusia macam datuk dan nenek pun ada.

Dalam perkembangan lain, Zoey berkata dia bakal terbang menunaikan ibadah umrah, Rabu ini.

“Doakan saya semoga dapat umrah yang mabrur. Permintaan saya semoga cepat dapat jodoh, semoga Allah ampunkan dosa saya, keluarga dan juga pengikut saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi